Friday 13 September 2013

Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Ibadah)

IBADAH


Perkara penting yang perlu kita ingat dalam sub IBADAH ialah:

1. Makna (kena ikut buku teks)
2. Rukun/Syarat
3. Hukum




Sembelihan

1. Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merik       (*nota*bukan urat merit) dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah SWT





2. Rukun Sembelihan

    Penyembelih

Syarat sah

    *Islam atau ahli kitab
    *Tidak dlm ihram haji atau umrah

    Binatang yang disembelih


Syarat sah 

    *Halal dimakan
    *Mati dengan sekali sembelihan
    *Putus urat halkum atau urat merit

    Alat Sembelihan


Syarat sah

   *Benda yg tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut dan tali

Perkara sunat dan makruh semasa sembelihan :


SUNAT


1. Menyebut nama Allah

2. Alat sembelihan yang tajam
3. Sembelihan di siang hari
4.Menghadap binatang ke arah kiblat

MAKRUH


1. Tidak baca Bismillah

2. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
3. Menggunakan alat atau pisau yang tumpul
4. Menghalakan binatang yg disembelih ke arah lain daripada kiblat

KORBAN AMALAN MULIA

1. Menyembelih binatang ternakan (Al An`am) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau Hari-hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadah kepada Allah.


2. Syarat sah Korban



  •  binatang cukup umur
  • disembelih dalam waktu korban
  • disembelih orang Islam
  • binatang halal dimakan

Umur binatang yang boleh dijadikan korban :



  • biri atau kibas - 1 tahun atau lebih
  • kambing, sapi, lembu & kerbau - 2 tahun atau lebih
  • unta - 5 tahun atau lebih










Waktu menyembelih korban - Selepas naik matahari pada hari raya korban / kira-kira selepas kadar cukup masa / untuk solat dua rakaat / dan dua khutbah yg ringkas.
Waktu terakhir apabila terbenam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

SUNAT

  • membaca bismillah atau bertakbir
  • selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 
  • Menyembelih binatang yg gemuk
  • Menghadapkan binatang ke arah kiblat
*Sebaik-baik pembahagian daging korban ialah:
  • 1/3 disedekahkan kpd fakir miskin
  • 1/3 untuk orang ramai
  • 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban
-Daging korban nazar haram dimakan oleh orang yang bernazar

AQIQAH

1. Penyembelihan binatang ternakan (Al-An`am) yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yg baru               dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

    PERHATIAN!!!
  • Setiap anak lelaki - 2 ekor kambing.
  • Setiap anak perempuan - 1 ekor kambing.
  • Waktu afdal - hari ketujuh kelahiran bayi.



2. Syarat sah Aqiqah
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih
  • Menyembelih binatang ternakan yang halal
  • binatang yang tidak cacat
  • binatang ternakan yang cukup umur
  • Memenuhi syarat2 sembelihan
3. Sunat Aqiqah
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Menyembelih ketika matahari sdg naik
  • Dimasak manis dan dibuat jamuan
  • Tidak mematah-matahkan tulang binatang yg dibuat aqiqah

JUAL BELI DAN SEWA

Jual Beli

- Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.

Rukun Jual Beli 

1. Penjual dan Pembeli

- Mukallaf (berakal dan baligh)
- Kemahuan sendiri
- Merdeka
- Islam

2. Barang

- Bersih dan Suci
- Berfaedah
- Kepunyaan penjual atau wakilnya


3. Harga 

- Bersih 
- Milik pembeli
- Mampu diserahkan oleh pembeli
- Penjual dan pembeli tahu jenis mata wang yg digunakan

4. Ijab Dan Kabul (Akad atau Kontrak)

Syarat2 nya: 

> Tidak diselangi dengan perkataan lain - kena sebut terus `saya beli dengan .............. `
> Bersamaan dengan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz
> Tidak boleh ditakliqkan
> Tidak boleh dihadkan masanya

Jual Beli yang Dilarang & Tidak Sah

- Benda yang disimpan bagi tujuan maksiat atau hasilnya mendatangkan keburukan 
- Tidak dimiliki dengan sempurna (terkandung makna penipuan)
- Menjual buahan yang masih ada dipokok (tak nyata masak)
- Menjual daging dengan daging 
- Jualan bersyarat

Jual beli yang dilarang tetapi sah

  • Membeli bertujuan menyekat pembelian orang lain 
  • Membeli barang yang sedang dibeli orang lain
  • Monopoli dalam jual beli
  • Berlaku penipuan
  • Kurang sukatan dan timbangan
SEWA

- satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain           dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.




Rukun Sewa

Penyewa & Pemberi Sewa
  • Akal baligh
  • Kemahuan sendiri
  • Keadaan kedua-duanya tidak membazir
Bayaran Sewa
  • Dengan wang
  • Wang bayaran diketahui
  • Kedua pihak mengetahui kadar, jenis & sifatnya
  • Keadaan bayaran tertentu
Manfaat
  • Berharga 
  • Dapat diberikan oleh yg mengambil upah
  • Diketahui kadar dan jangka masa
Syarat Sah Sewa
  • Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa
  • Barang yg disewa bukan menjadi kewajipan kepada orang yang memberi sewa, sewakan rumah kepada isteri
  • Manfaat yg tercatat dalam kontrak boleh digunakan
Tamat Kontrak Sewa
  1. Barang yang disewa hilang atau musnah
  2. Batal kontrak
  3. Tidak menepati syarat 2 kontrak
  4. Tamat tempoh


BAB. 1    PENGERTIAN

1.       Pengertian Ibadah Haji & Umrah

Pengertian Ibadah Haji

·        Perbuatan mengunjungi Baitullah (Kaabah) Al-Mushrifah
·        Untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu
·        Pada masa-masa tertentu
·        Dengan syarat-syarat tertentu.

Pengertian Ibadah Umrah.

·        Amalan menziarahi Kaabah di Masjidil Haram
·        Untuk mengerjakan Ibadah tertentu
·        Dengan syarat tertentu
·        Pada bila-bila masa.

2.            Perbezaan di antara kedua-dua ibadah tersebut hanyalah pada waktunya, samada waktu tertentu (Miqat Zamani) bagi Haji, ataupun bila-bila masa bagi Umrah.

3.            Waktu bagi mengerjakan Haji (Musim Haji) adalah mulai 1 Syawal (Hari Raya Puasa) hinggalah 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji)

4.            Hukum mengerjakan Haji adalah Wajib sekali sahaja seumur hidup bagi orang Muslim yang mukallaf.

Begitu juga wajib mengerjakan Umrah sekali sahaja seumur hidup.

               Tetapi sekiranya terbatal atau dinazarkan, makawajib dikerjakan
      Lagi sehingga sempurna.

     Adapun mengerjakan ibadah Haji atau Umrah bagi kali kedua dan
     seterusnya hanyalah Sunat sahaja. Begitu juga sunat bagi kanak-
     kanak dan hamba.

     Fardhu Kifayah bagi seluruh umat Islam setiap tahun.

     Ibadat haji ini tidak wajib disegerakan, tetapi menjadi dosa
     sekiranya meninggal dunia dalam hal dia mampu dan tidak
     menunaikannya.
5.            Tujuan utama kita mengerjakan Haji dan Umrah adalah untuk membersihkan diri dari segala noda dan dosa bukannya untuk mendapatkan gelaran “Haji ataupun Hajjah”.


BAB. 2    SYARAT-SYARAT

  1. Syarat-syarat Wajib Haji dan Umrah

Sekiranya seseorang itu telah memenuhi kesemua syarat berikut, dia adalah wajib mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Sekiranya tidak cukup atau kurang syaratnya, maka si folan itu tidak Wajib mengerjakannya.

                      I.    ISLAM

Tidak sah atau tidak Wajib kepada yang kafir atau murtad.

                   II.    AKIL / BERAKAL

Tidak Sah atau tidak Wajib bagi mereka yang gila atau tidak waras.

                 III.    BALIGH

Tidak diwajibkan kepada kanak-kanak.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan tidak menggugurkan kefardhuan.

                  IV.    MERDEKA

Tidak diwajibkan kepada hamba.
Tetapi sekiranya dilakukan, Sah Hajinya dan mendapat pahala.

                     V.    ISTITHA’AH

Berkuasa mengerjakan Haji dan Umrah, tidak diwajibkan kepada
mereka yang belum mencukupi syarat-syarat kemampuan.


  1. Syarat-syarat berkemampuan mengerjakan Haji:
          Ianya terbahagi kepada dua;

a)   Berkuasa dengan sendiri
b)   Berkuasa dengan bantuan orang lain.

A)          Syarat Berkuasa /Mampu dengan Sendiri

                       I.    Berkuasa membayar tambang menambang dan segala perbelanjaan bagi menyempurnakan ibadat Haji atau Umrah dari mula (turun rumah) sehinggalah selesai (balik semula ke rumah sendiri).
                     II.    Mempunyai bekalan atau perbelanjaan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
                   III.    Aman dalam perjalanan pergi dan balik.
                   IV.    Sihat tubuh badan yang memungkinkan dia beribadah.
                     V.    Berkesempatan masa untuk mengerjakan Haji atu Umrah.
                   VI.    Wanita hendaklan mendapatkan izin dari Walinya.
                 VII.    Wanita hendaklah ditemani oleh suaminya atau Mahramnya atau dua orang wanita yang dipercayai.

B)           Berkuasa Dengan Bantuan Orang Lain (Upah Haji)

Bagi mereka yang sudah mencukupi syarat-syarat dari segi kewangan untuk mengerjakan Haji atau Umrah, tetapi tidak sempat mengerjakannya kerana:

·         Uzur syar’ie
·         Sakit yang tiada harapan sembuh
·         Terlalu tua
·         Telah meninggal dunia


  1. Syarat Upah Haji

Syarat-syarat wakil atau mengambil upah Haji.

                       I.    Dia telahpun menunaikan fardhu Haji untuk dirinya sendiri dan dengan sempurna.
                     II.    Hendaklah melakukan ibadah Haji untuk seorang sahaja bagi satu musim Haji.
                   III.    Mestilah berniat Ihram pada Miqat orang yang dihajikan, atau pada tempat yang sama jauhnya dengan Miqat itu.
                   IV.    Hendaklah dia seorang yang cukup keahliannya.


BAB. 7                        BAB7: PERKARA-PERKARA SUNAT SEBELUM NIAT IHRAM;

  1. Mengerat kuku
  2. Menanggalkan bulu ari-ari, ketiak, memotong misai dan mengandamkan janggut dan rambut.
  3. Memakai bau-bauan.
  4. Memakai minyak rambut

    • Pakaian yang berbau / wangi itu jika ditanggalkan dari badan, tidak lagi boleh dipakai dalam Ihram.

BAB. 8      TAWAF DI KAABAH

Amalan mengelilingi Kaabah dengan syarat-syaratnya.

Syarat-syarat SAH Tawaf;

  1. Suci daripada hadas kecil (berwudhuk) dan hadas besar (mandi wajib).
  2. Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat tawaf.
  3. Menutup aurat.
  4. Bermula dari Sudut / Garisan Hajarul Aswad.
  5. Berniat Tawaf (Jika tawaf Qudum, Nazar, Sunat atau Wida’)
  6. Menjadikan Kaabah itu setentang dengan bahu kiri.
  7. Berjalan itu dengan tujuan Tawaf ( tidak berpaling niat).
  8. Hendaklah di dalam kawasan Masjid Al-Haram dan di luar Kaabah.




 
 

No comments:

Post a Comment