Thursday 12 December 2013

PERDAGANGAN TINGKATAN 4

PERDAGANGAN TINGKATAN 4


TERDAPAT 7 BAB DALAM PERDAGANGAN TINGKATAN 4.
Antara bab yang terkandung adalah :

1) ASAS KEPADA PERDAGANGAN 
2) UNSUR PERDAGANGAN 
3) PERNIAGAAN DALAM NEGERI
4) PERNIAGAAN ANTARABANGSA
5) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
6) PEMILIKAN PERNIAGAAN
7) PELABURAN





1) ASAS KEPADA PERDAGANGAN
1.1) KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA

KEPERLUAN merupakan Barang dan perkhidmatan yang membolehkan manusia untuk terus hidup pada tahap keselesaan yang minimum.

KEHENDAK merujuk kepada Keinginan dan kemahuan terhadap pelbagai jenis barang dan perkhidmatan untuk kehidupan yang lebih selesa.

1.2) PENGELUARAN

PENGELUARAN bermaksud Sebarang aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad.

PROSES PENGELUARAN

- Melibatkan proses penghasilan faedah.
- Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang itu berubah bentuk, berpindah tempat, berubah masa dan            bertukar milik.

(a) NILAI FAEDAH BENTUK - merujuk kepada proses pengeluaran yang melibatkan                                                                bentuk sesuatu barang diubah.
(b) NILAI FAEDAH TEMPAT - merujuk kepada pemindahan tempat bagi sesuatu barang.                                                         Nilai sesuatu barang akan bertambah apabila barang                                                                 tersebut dipindahkan dari tempat yang tidak ada permintaan                                                     ke tempat yang ada permintaan. 
(c) NILAI FAEDAH MASA - nilai faedah sesuatu barang itu akan meningkat apabila barang                                                   itu diperlukan oleh pengguna pada masa2 tertentu.
(d) NILAI FAEDAH MILIKAN - nilai sesuatu barang dan perkhidmatan yang dihasilkan itu                                                           akan meningkat jika berada di tangan individu yang                                                                   memerlukannya. 
JENIS PENGELUARAN

Pengeluaran Langsung
- merujuk kepada kegiatan pengeluaran oleh seseorang individu untuk memuaskan keperluan dan kehendak     diri sendiri dan keluarga individu tersebut mengeluarkan sesuatu barang dengan sendiri tanpa bantuan pihak   luar.

Pengeluaran Tak Langsung
- merujuk kepada aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memuaskan keperluan dan kehendak   masing2 dengan bekerjasama ataupun bergantung kepada pihak yang lain.

1.3) FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

TANAH _ merujuk kepada segala sumber dan bahan yang dapat diperoleh daripada alam semula jadi.

BURUH _ merujuk kepada segala jenis tenaga manusia yang digunakan dalam menjayakan sesuatu proses pengeluaran.

(a)BURUH MAHIR - adalah tenaga kerja yang mempunyai tahap pendidikan dan latihan yang tinggi spt akauntan, peguam, doktor dan jurutera. mereka menggunakan keupayaan mental dalam sesuatu proses pengeluaran.

(b)BURUH SEPARUH MAHIR - biasanya menggunakan keupayaan mental dan fizikal secara sama rata. Contohnya ialah juruteknik dan penyelia pengeluaran.

(c)BURUH KURANG MAHIR - biasanya memerlukan keupayaan fizikal yang lebih banyak berbanding keupayaan mental. Contohnya operator pengeluaran dan buruh am.

MODAL _ merujuk kepada barang seperti peralatan, mesin, loji, bangunan, kemudahan pengangkutan dan pengagihan, stok barangan belum siap dan sebagainya yang akan digunakan dalam aktiviti pengeluaran barang da perkhidmatan. barang modal ini boleh juga disebut sebagai segala jenis barang yang berupaya untuk mengeluarkan barang lain.

USAHAWAN _ usahawan mempunyai hubunagan rapat dengan pengertian buruh. Namun, buruh cuma meliputi proses pengeluaran tetapi usahawan terlibat dalam keupayaan atau kemahiran pengurusan yang ada pada seseorang individu.

PERANAN USAHAWAN
*Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
*Mewujudkan peluang pekerjaan
*Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi
*Meningkatkan taraf hidup masyarakat
*Menghasilkan penemuan dan penciptaan baru

1.4) PENKHUSUSAN

-Bermaksud menumpukan kegiatan produktif kepada bidang2 pengeluaran tertentu berdasarkan minat, pengetahuan, kemahuran dan lain-lain.

KEWUJUDAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN

(a) PENGKHUSUSAN MENGIKUT PEKERJAAN/PROFESION
(b) PENGKHUSUSAN MENGIKUT PROSES
(c) PENGKHUSUSAN MENGIKUT KAWASAN
(d) PENGKHUSUSAN ANTARABANGSA

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN
1. Meningkatkan kemahiran pekerja
2. Membolehkan penggunaan mesin dalam proses pengeluaran
3. Peningkatan output dan pengurangan kos pengeluaran
4. Penjimatan masa
5. Penjimatan dalam pengguneen mesin dan peralatan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN
1. Membosankan pekerja
2. Hilang daya cipta
3. Risiko pengangguran
4. Risiko kemelesetan ekonomi
5. Perbelanjaan modal yang tinggi
6. Saling bergantung antara satu sama lain

1.5) SISTEM BARTER

- sistem tukar-menukar barang tanpa menggunakan wang antara satu sama lain

SYARAT - 1. Lebihan barang
                   2. Kemahuan serentak

KEKURANGAN SISTEM BARTER
> MASALAH KEMAHUAN SERENTAK
> MASALAH UNTUK MEMBAHAGIKAN BARANG yang HENDAK DITUKAR
> KESUKARAN UNTUK MENENTUKAN NILAI BARANG yang HENDAK DITUKAR
> MASALAH BARANG TIDAK TAHAN LAMA
> MASALAH MEMBAWA BARANG

BAB 2 (UNSUR PERDAGANGAN)

PERDAGANGAN bermaksud Semua aktiviti pengagihan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang tertentu.

PERNIAGAAN bermaksud Aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan .

PERNIAGAAN DALAM NEGERI bermaksud Aktiviti jual beli yang dijalankan dalam sebuah negara yang sama.

PERNIAGAAN ANTARABANGSA bermaksud Perniagaan yang dijalankan di luar lingkungan sempadan sesebuah negara dan melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara.

BANTUAN PERNIAGAAN > Semua perkhidmatan yang membantu perniagaan bagi membolehkan aktiviti perniagaan berjalan dengan lebih lancar.

* Bank
- Kemudahan Penyimpanan
- Kemudahan Pembayaran
- Kemudahan Pembiayaan
- Menjadi Perujuk
- Perkhidmatan lain
* Pergudangan
* Insurans
* Komunikasi
* Pengangkutan
- Barang dihantar cepat dan selamat
- Membantu peniaga meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa
- Membantu mengurangkan kerosakan barang
- Menjimatkan kos penyimpanan
- Harga barang dapat distabilkan
* Promosi
- Pengiklanan
- Promosi jualan
- Publisiti


BAB 3 ( PERNIAGAAN DALAM NEGERI )

Perniagaan dalam negeri terbahagi kepada:

(a) Perniagaan Runcit
(b) Perniagaan Borong

Perniagaan antarabangsa terdiri daripada daripada perniagaan yang berikut:
(a) Import
(b) Eksport
(c) Entrepot

3.2) SALURAN AGIHAN

> BERMAKSUD Cara atau proses barang-barang diedarkan daripada pengeluar kepada pengguna.

JENIS2 SALURAN AGIHAN
1. PENGELUAR > PEMBORONG > PERUNCIT > PENGGUNA
2. PENGELUAR > EJEN > PERUNCIT > PENGGUNA
3. PENGELUAR > PEMBORONG > PENGGUNA
4. PENGELUAR > PERUNCIT > PENGGUNA
5. PENGELUAR > EJEN > PENGGUNA
6. PENGELUAR > PENGGUNA

FAKTOR2 PEMILIHAN SALURAN AGIHAN
+ Jenis barang
+ Sasaran pasaran
+ Luas pasaran
+ Kemampuan pengeluar
+ Kos pengangkutan

3.3) PERNIAGAAN RUNCIT

> BERMAKSUD Urusan menjual dan membeli barang dalam kuantiti kecil yang dikehendaki pengguna akhir.

FUNGSI PERUNCIT DALAM SALURAN
# Menjual pelbagai jenis barang
# Menjual barang dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna
# Memastikan bekalan barang mencukupi
# Memperaga barang
# Menyampaikan maklumat
# Menyediakan kemudahan kredit
# Menyimpan rekod perniagaan
# Memberi perkhidmatan selepas jualan

JENIS PERNIAGAAN RUNCIT

* PERUNCIT KECIL-KECILAN
> Peruncit Tanpa Kedai
- Pegerai
- Penjaja
> Peruncit Berkedai
- Kedai Am
- Kedai Khusus

* PERUNCIT BESAR-BESARAN
- Pasar Raya
- Gedung Aneka Jabatan
- Pasar Hyper
- Kedai Sejaras
- Koperasi Peruncit

* BENTUK LAIN PERUNCITAN
- Mesin Peruncitan Automatik
- Pesanan Mel
- Jualan Langsung
- Francais
- E-dagang
- Televisyen Interaktif
- Kedai Katalog

CIRI-CIRI PERNIAGAAN RUNCIT KECIL-KECILAN
= Modal Kecil
= Layanan Peribadi
= Khidmat Lepas Jualan
= Overhed Rendah
= Mudah Diurus
= Senang Dibentuk
= Milikan Tunggal atau Perkongsian
= Lokasi Berhampiran dengan Rumah Pelanggan

KELEBIHAN
+ Mudah ditubuhkan dan diuruskan
+ Kos overhed rendah
+ Perkhidmatan selepas jualan
+ Mudah dikunjungi pelanggan
+ Kemudahan kredit
+ Hubungan yang rapat dan mesra dengan pelanggan
KEKURANGAN
+ Modal yang kecil
+ Menanggung liabiliti tidak terhad
+ Saiz kedai kecil
+ Tidak mengamalkan pengkhususan

PERUNCIT BESAR-BESARAN

- PASAR RAYA

> Kepada PENIAGA
KELEBIHAN
+ Mengamalkan layan diri
+ Menikmati diskaun niaga yang tinggi
+ Dapat mengumpul banyak modal
+ Melakukan pengkhususan kerja
+ Tiada risiko hutang lapuk
+ Dapat menawarkan pelbagai kemudahan dan pilihan barang
KEKURANGAN
+ Perniagaan sukar ditubuhkan
+ Memerlukan modal besar
+ Kos overhed yang tinggi
+ Kawalan dan pengurusan rumit
+ Risiko kecurian

> Kepada PELANGGAN
KELEBIHAN
+ Tiada gangguan jurujual
+ Jimat masa
+ Dapat membuat perbandingan harga
+ Harga barang berpatutan
+ Menikmati pelbagai kemudahan
KEKURANGAN
+ Tiada hubungan peribadi
+ Tidak boleh tawar-menawar
+ Lokasi jauh daripada rumah pelanggan
+ Tiada khidmat lepas jualan
+ Terpengaruh dengan iklan

- GEDUNG ANEKA JABATAN

> Kepada PENIAGA
KELEBIHAN
+ Modal besar
+ Mampu membeli secara pukal dan menikmatii diskaun niaga yang tinggi
+ Mengamalkan pengkhususan
+ Mengamalkan sistem layan diri
+ Tiada risiko hutang lapuk
+ Kerugian dan perbelanjaan dapat disebarkan
KEKURANGAN
+ Penubuhan yang sukar
+ Pengurusan yang rumit
+ Memerlukan modal yang besar
+ Kos overhed yang tinggi
+ Pemilikan dan pengurusan yang berasingan
+ Risiko kecurian barang

> Kepada PELANGGAN
KELEBIHAN
+ Dapat menikmati pelbagai kemudahan
+ Jimat masa
+ Kemudahan membayar
+ Harga barang berpatutan
KEKURANGAN
+ Tidak boleh tawar-menawar harga
+ Cenderung untuk berbelanja boros
+ Tiada layanan peribadi
+ Tiada perkhidmatan lepas jualan
+ Pembaziran masa

- KEDAI SEJARAS

> Kepada PENIAGA
KELEBIHAN
+ Pengurusan yang cekap
+ Harga barang berpatutan
+ Jimat kos promosi
+ Risiko kerugian dapat disebarkan
+ Dapat mengatasi masalah terkurang atau terlebih pekerja
+ Dapat meluaskan pasaran
KEKURANGAN
+ Memerlukan modal besar
+ Kos overhed yang tinggi
+ Terpaksa menyediakan gudang sendiri
+ Kawalan dan pengurusan yang rumit
+ Terpaksa menyediakan pengangkutan sendiri
+ Imej dan reputasi satu cawangan mempengaruhi cawangan lain

> Kepada PELANGGAN
KELEBIHAN
+ Barang jualan sama di semua cawangan
+ Barang berkualiti
+ Mudah memperoleh barang
+ Dapat membeli-belah dengan selesa
+ Harga barang berpatutan
KEKURANGAN
+ Pilihan barang yang terhad
+ Lokasi kedai di bandar
+ Tiada kemudahan kredit
+ Harga barang tetap

- PASAR HYPER/ PASAR RAYA BESAR

> Kepada PENIAGA




















No comments:

Post a Comment