Wednesday 16 April 2014

Esok saya akan membuat pembentangan tentang ULBS Bahasa Melayu. Jadi, atas permintaan cikgu saya akan membentangkan Komponen Sastera di hadapan pegawai PPD Padang Terap. Doakan saya agar perjalanan tersebut berjalan lancar.

Pantun 8 Kerat

Rangkap 1 : Seseorang itu perlu ada sifat sabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang beriman. Kesabaran akan menyebabkan hati seseorang itu sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.

Rangkap 2 : Kelahiran seorang utusan istimewa yang merupakan keturunan Nabi Adam yang turun dari langit ketujuh dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.

Rangkap 3 : Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang masyarakatnya telah dicemari budaya Barat, manakala Bahasa Melayu yang dituturkan sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

Tema
#belum dapat dipastikan

Persoalan
1. Sifat sabar merupakan kunci utama kejayaan seseorang
2. Kelahiran seorang utusan Allah yang amat istimewa
3. Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu sebagai akibat pengaruh budaya Barat

Bentuk Pantun
1. Puisi terikat/tidak bebas
2. Terdiri daripada 3 rangkap
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 8 baris serangkap
4. 4 baris pertama merupakan pembayang, manakala 4 baris berikutnya adalah maksud
5. Rima akhir pantun ini ialah abcdabcd (sekelang)

Unsur Keindahan
1. Gaya Bahasa
(a) Personifikasi
Contohnya : Kebudayaan Timur dinodai Barat
(b) Inversi
Misalnya : Akhirnya tuan menang berjaya
(sepatutnya : Tuan berjaya menang akhirnya)
(c) Hiperbola
Tamsilnya : Bahasa ibunda hina terbiar

Nilai
1. Kesabaran
- bersabar apabila menghadapi pelbagai dugaan yang mendatang
2. Kesyukuran
- berdyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di muka bumi ini.
3. Tanggungjawab
- bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur dan keharmonian negara.

Pengajaran
1. Kita hendaklah menanamkan sifat sabar apabila melakukan sesuatu perkara atau tugas
2. Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan Allah untuk membimbing dan memimpin manusia ke jalan yang mulia
3. Kita janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat sehingga mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman




No comments:

Post a Comment