Thursday 13 March 2014

Tasawwur Islam Tingkatan 4 Dan Tingkatan 5

   



KONSEP KETUHANAN
RUBUBIYYAH
Kepercayaan dengan sepenuh hati dan secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbir semua makhluk dan tiada Tuhan selain Allah SWT
ULUHIYYAH
Kepercayaan dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah SWT Yang Maha Esa, yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak
ASMA WA SIFAT
Meyakini bahawa Allah SWT memiliki nama2 yang indah dan mulia serta memiliki sifat2 yang sempurna
FITRAH
Sifat semula jadi yang ada pada setiap kejadian Allah SWT
FITRAH BERAGAMA
Naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Tuhan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT
KONSEP KERASULAN
NABI
Seorang lelaki pilihan yang diberikan wahyu oleh Allah SWT utk dirinya sendiri dan tidak diperintah utk menyampaikannya kepada org lain
RASUL
Lelaki pilihan yg diberikan wahyu oleh Allah SWT utk dirinya dan wajib disampaikan kepada org lain
ULUL AZMI
Rasul-rasul yg mempunyai kesabaran yg tinggi dalam mghadapi byk tentangan ketika menyampaikan dakwah kpd  kaumnya.
SIFAT WAJIB BAGI RASUL
Sifat-sifat yg mesti ada bagi setiap pesuruh Allah SWT dalam menjalankan tugas mereka.
SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL
Sifat-sifat yg berlawanan dgn sifat wajib dan hal ini tidak ada sama sekali bagi diri para rasul
SIFAT HARUS BAGI RASUL
Sifat yg dimiliki oleh rasul sebagai manusia biasa yg tidak menjejaskan mereka sbg pesuruh Allah SWT
MAKSUM
Para nabi dan rasul terpelihara drpd melakukan sebarang dosa kecil atau besar serta perkara2 yg boleh mencacatkan kemuliaan mereka sbg pesuruh Allah SWT
MUKJIZAT
Perkara luar biasa yg dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul ut membuktikan kebenaran, kenabian, kerasulan serta melemahkan musuh2 mereka
KARAMAH
Perkara biasa yg berlaku kepada manusia biasa yg darjatnya mulia di sisi Allah SWT
MAUNAH
Perkara luar biasa yg berlaku kpd umat Islam tanpa diusahakan utk mempelajarinya
IRHAS
Perkara luar biasa yg berlaku kpd org yang bakal dilantik sebagai rasul oleh Allah SWT
ISTIDRAJ
Perkara luar biasa yg berlaku kpd org yg fasik dan derhaka kpd Allah SWT bagi menyesatkannya lagi
SIHIR
Perkara luar biasa yg boleh dipelajari oleh seseorg dgn bantuan syaitan atau makhluk halus yg jahat spt jin
KONSEP INSAN
INSAN / MANUSIA
Makhluk Alaah SWT yg plg istimewa kerana mereka dikurniakan akal fikiran, nafsu dan fitrah (naluri) agar boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak.
NUTFAH

ALAQAH

MUDGHAH

TULANG DAN DAGING

JANIN

BAYI

KONSEP ALAM
ALAM
Ciptaan Allah SWT utk dihayati dan dimanfaatkan oleh manusia sama ada alam yg dapat ditanggapi oleh pancaindera ataupun sebaliknya.
ALAM MUSYAHADAH
Alam yg dapat dicapai atau ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia ttg kewujudannya serta dpt digunakan utkm kemudahan manusia.
ALAM GHAIB
Alam yg tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia
ALAM KUBUR/ALAM BARZAKH
Tempat sementara menunggu hari akhirat sesudah mati.
HARI KIAMAT
Hari kehancuran dan kemusnahan alam. Hari pengakhiran bagi semua makhluk.
PADANG MAHSYAR
Tempat perhimpunan besar pada hari akhirat selepas manusia dibangkitkan dr kubur masing2
HISAB
Kiraan atau perhitungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat
TIMBANGAN AMAL (MIZAN)
Neraca timbangan yg disediakan utk menimbang segala amalan manusia sama ada baik atau buruk
SIRATAL MUSTAKIM
JAmbatan yg merentangineraka bermula dr sempadan Padang Mahsyar sbg jalan ke syurga
TELAGA KAUTHAR
Setiap nabi dikurnaikan oleh Allah SWT dengan sebuah kolam air utk diminum dan mandi oleh umat mereka
SYURGA
Tempat yg plg indah dan dipenuhi dengan kenikmatan utk org2 yg beriman dan beramal soleh kepada Allah SWT
NERAKA
Tempat balasan seksaan yg disediakan oleh Allah SWT kpd org yg ingkar terhadap perintah-Nya.
TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM
MEMELIHARA
Menjaga, melindungi dan membela dgn baik
MEMULIHARA
Memulihkan sesuatu agar sentiasa berada dlm keadaan baik
EKOSISTEM
Sistem yg melibatkan interaksi anatara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan dan sbgainya) dgn alam persekitaran yg tidak bernyawa
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL
WAHYU
Bahasa-Nasihat, dorongan dan bimbingan drpd Allah SWT
Istilah-Ilham atau perintah Allah SWT yg disampaikan kpd para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat jibril atau scr terus drpd Allah SWT
AL-QURAN
Kalam Allah SWT yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW di mana lafaz dan maknanya drpd Allah SWT
HADIS AL-QUDSI
Sesuatu yg diberitakan oleh Allah SWT kpd Nabi Muhammad SAW sama ada melalui mimpi dan disampaikan kpd umatnya dgn lafaz drpd baginda SAW sendiri ttp maknanya drpd Allah SWT
AZALI
Ilmu Allah SWT yg hakiki, kadom, kekal dan mutlak
ILMU FARDHU AIN
Ilmu yg berkaitan dgn amalan2 yg wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap umat Islam.
ILMU FARDHU KIFAYAH
Ilmu2 yg berkaitan dgn kepentingan kehidupan manusia di dunia yg memberi manfaat kpd manusia dan alam
AKAL
Kamus dewan- Daya upaya berfikir.
Syarak-Suatu alat yg dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia utk berfikir dan memahami sesuatu perkara
ISLAM
Bahasa-Selamat, aman , kesejahteraan, kepatuhan dan menyerah diri kpd Allah SWT
Istilah-Tunduk dan patuh serta menyerah diri (mentauhidkan) dgn sepenuh hati kpd Allah SWT
AD-DIN
Cara hidup manusia yg lengkap  da sempurna merangkum soal akidah, ibadat, akhlak serta semua aspek kehidupan manusia.
AGAMA WAHYU/SAMAWI
Agama langit yg datangnya drpd Allah SWT dan diturunkan kpd paa nabi dan rasul-Nya  melalui wahyu yg benar dan mempunyai kitab suci sbg panduan dlm menjalani kehidupan di dunia serata mendapat keredaan Allah SWT
AGAMA WAD”IE / BUDAYA
Agama ciptaan manusia hasil pemikiran seseorg (pengasasnya) yg terbentuk melalui pengalaman dan keperluan  manusia di sesuatu tempat dan masa.
SEKULARISME
Fahaman yg memisahkan nilai-nilai agama dlm kehidupan.
MATERIALISME
Fahaman yg mempercayai bahawa hanya bendalah yg menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini
SOSIALISME
System organisasi yg menganjurkan supaya sumber2 kekayaan dijadikan milik Negara utk dinikmati oleh setiap rakyat dgn sama rata
LIBERALISME
Fahaman yg mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegoatan ekonomi, politik dan social
KOMUNISME
Fahaman yg menjadikan factor pengeluaran dan barang2 pengguna milik Negara atau milik bersama rakyat.
KAPITALISME
Fahaman atau konsep2 yg menindas, menzalimi dan menyalahgunakan tenaga buruh.
ATEISME
Fahaman falsafah yg tidak mempercayai kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Pencipta Alam. Mereka menganggap segala yg terjadi adalah secara semula jadi
BIMBINGAN AL-QURAN
AL-QURAN
Bahasa- bacaan
Istilah- Kalam Allah SWT yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril AS utk diamal dan disampaikan kepada umat manusia.
KETINGGIAN BAHASA
Mempunyai bahasa yg tinggi sehingga dikagumi dan diiktiraf oleh pakar2 bahasa seluruh dunia
ISI KANDUNGAN
Menjelaskan perkara2 yg tlh berlaku dan akan berlaku kpd umat manusia spt kejadian hari kiamat da sebagainya
BIMBINGAN HADIS
HADIS
Bahasa-Percakapan atau dipanggil dgn Sunnah/Athar yg bermaksud sirah (sejarah) atau perjalanan
Istilah-Segala ucapan, perbuatan dan pengakuan (ikrar) yg diterima drpd Rasulullah SAW.
HADIS BERBENTUK PERKATAAN



HADIS BERBENTUK PERBUATAN



HADIS BERBENTUK PENGAKUAN



HADIS SAHIH
Mempunyai sanad yg bersambung terus kpd Rasulullah SAW
HADIS DHAIF
Hadis yg tidak bersambung dan gugur perawinya drpd sanad
HADIS NABAWI
Lafaz da makna drpd Rasulullah SAW. Sumber hokum yg kedua slps Al-Quran
HADIS QUDSI
LAfaz drpd Rasulullah SAW. MAknanya pula drpd Allah SWT
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
BUDAYA
Keseluruhan cara hidup yg  merangkum cara bertindak, berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
BUDAYA ISLAM
Drs. Sidi Gazalba-Cara hidup masyarakat Islam yg berteraskan taqwa
AJARAN SESAT
Sebarang ajaran atau amalan yg dibawa oleh golongan Islam atau bukan Islam yg bertentengan dgn ajaran Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW
RABBANIYYAH
RABBANIYYAH
Ketuhanan iaitu segala hokum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yg terkandung dlm Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW.
AGAMA
Sistem kepercayaan atau jalan menurut bahasa Sanskrit/peraturan , tatacara atau upacara
AGAMA LANGIT  (SAMAWI)
Ajaran yg bersumberkan Allah SWT seperti Islam, Yahudi dan Nasrani
AGAMA BUDAYA (WAD”IE)
Kepercayaan dan ajaran yg dihasilkan melalui cita2, pengalaman, pemikiran dan penghayatan pengasasnya tanpa bimbingan wahyu
SYUMULIYYAH
SYUMULIYYAH
Bahasa-lengkap dan sempurna
Istilah-Ajaran Islam yg diturunkan oleh Allah SWT kpd Nabi Muhammad SAW dlm keadaan lengkap dan sempurna serta meliputi seluruh kehidupan di dunia dan di akhirat
WAQI”IYYAH
WAQI”IYYAH
Bahasa- reality, nyata, dan perkara sebenar


ALAMIYYAH
ALAMIYYAH
Bahasa-Sarwajagat, universal, dan meliputi seluruh alam semesta
Istilah-Ajaran Islam yg diturunkan oleh Allah SWT adalah bersesuaian bg semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman serta membawa rahmat kpd seluruh makhluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
MURUNAH
MURUNAH
Bahasa-Luwes, anjal (fleksibel) dan boleh berubah mengikut kesesuaian ttp masih tetap di atas prinsip asasnya.
Istilah-Ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah mudah dan tidak menyusahkan penganutnya, namun prinsip asasnya masih tetap dan tidak berubah.
THABAT
Tetap, teguh dan tidak berubah
AKIDAH
Kepercayaan dan keimanan terhadap Allah SWT sbg Tuhan Yang Maha Esa dan mencipta segala sesuatu serta wajib disembah dgn sepenuh hati
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
NEGARA ISLAM
Negara yang mengamalkan pemerintahan secara Islam yang berteraskan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW dlm semua aspek pentadbirannya
Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan dlm bukunya Usul Ad-Dakwah –Negara yg mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kpd hokum Islam yg bersumberkan Al-Quran dan Hadis serta Ijtihad yg benar.
WILAYAH


MAJLIS SYURA
Badan permesyuaratan tertinggi dlm Negara Islam.
KETUA NEGARA
Pemerintah yg terdiri drpd orang Islam yg menepati syarat2 tertentu spt yg ditetapkan oleh Islam.
RAKYAT
Penduduk bg sesebuah Negara
SYURA
Permuafakatan dan permesyuaratan yg diadakan dan diputuskan setelah mendapat persetujuan drpd sekumpulan ulama (Ahli Majlis Syura) atau keputusan majority
KHALIFAH
Bahasa-Pengganti
Istilah-Pengganti Nabi SAW dlm menegakkan agama Allah SWT dan mengurus hal ehwal keduniaan.
SISTEM KEHAKIMAN ISLAM
KEHAKIMAN
Bahasa-Putus, selesai, tetap, menunaikan dan mencegah
Istilah-Suatu keputusan drpd hakim atau menetapkan sesuatu hokum syarak
AL-QURAN
Kalam Allah SWT yg diturunkan kpd Rasulullah SAW dgn perantaraan malaikat Jibril AS yg lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan.
AL-HADIS
Segala perkataan, perbuatan, dan pengakuan Rasulullah SAW  yg berfungsi utk menjelaskan scr terperinci ajaran Al-Quran yg umum dan bersifat teori shj
AL-IJMAK
Hasil perbincangan para ulama mujtahidin /cerdik pandai dlm menyelesaikan sesuatu perkara yg tiada nas dlm Al-Quran dan Hadis pada masa2 tertentu
AL-QIAS
Perbandingan hokum yg mempunyai nas dgn hokum baru gy tiada nas sahih dan jelas apabila wujudnya persamaan sebab dan musabab (illah) yg sama
AL-IJTIHAD
Suatu usaha yg bersungguh-sungguh drpd seseorg utk menyelesaikan sesuatu permasalahan dan menghasilkan penetapan hokum syarak berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
AL-URUF
Adat dan budaya yg diamalkan oleh penduduk sesuatu tempat yg tidak bercanggah dgn ajaran Islam
AL-MASALIH Al-MURSALAH
Menetapkan sesuatu hokum berdasarkan kepentingan umum dgn menolak segala yg merosakkan dan memudaratkan makhluk
ISTIHSAN
Meninggalkan hokum sesuatu hal/peristiwa yg bersandarkan kpd dalil syarak kpd hokum lain yg bersandarkan dalil syarak krn ada bukti yg mewajibkan peninggalan hokum tersebut
ISTISHAB
Melanjutkan dan menetapkan sesuatu hokum yg telah ada dalilnya sehingga ada dalil yg lain mengubah kedudukan hokum tersebut.
SYARAK MAN QABLANA
Segala perundangan dan hokum syarak yg telah ditetapkan kpd kaum2 yg terdahulu sblum kedatangan Rasulullah SAW dan umat Islam ttp masih diamalkan
AMAL AHLUL MADINAH
Setiap perbuatan atau amalan yg dilakukan oleh penduduk2 Kota Madinah (zaman sebelum Rasulullah SAW yg tidak bertentangan dgn hokum syarak)
SISTEM SOSIAL ISLAM
SOSIAL
Pergaulan serta perhubungan sesame manusia atau kehidupan sekelompok manusia yg teratur
SISTEM SOSIAL ISLAM
Satu penggabungan manusia melalui ikatan undang2 ketuhanan bg mencapai tujuan kehidupan masyarakat yg teratur, harmoni dan sejahtera
IBADAT
Bahasa-pengapdian, ketaatan dan kepatuhan
Istilah-Bukti kepatuhan seorg hamba kpd Pensiptanya atau tatacara perhubungan  yg dapat mendekatkan Allah SWT melalui cara2 tertentu
TAWAKAL
Bahasa-Berserah diri
Istilah-Berserah diri kpd ketentuan Allah SWT setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu

TASAWWUR ISLAM
TINGKATAN 5
ISLAN DAN HARTA
HARTA
Anugerah Allah SWT kpd manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka spt rumah, tanah, kereta, bangunan, wang dan sbgnya.
MEMBAZIR
Menggunakan harta pada jalan yg tidak diredai Allah spt perkar amaksiat atau perkara yg sia-sia
HARTA YANG HALAL
Harta yg diperoleh melalui perniagaan yg tidak mengandungi unsur2 penipuan, perjudian, penganiayaan dan rasuah
HARTA YANG HARAM
Harat yang diperoleh scr menipu, mencuri dan monopoli
MONOPOLI
Penguasaan sepenuhnya terhadap suatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dlm pasaran tertentu oleh seseorg
MANIPULASI
Menggunakan kemahiran dan kepakaran utk memperoleh keuntungan peribadi dgn cara yg salah spt mengurangkan sukatan atau timbangan tanpa disedari oleh pembeli.
RIBA
Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman, pertukaran barangan sejenis atau tambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran
RASUAH
Memberikan suatu barangan yg berharga kpd seseorg utk mendptkan atau melepaskan sesuatu tindakan dgn cara yg salah
HAK MILIK
Suatu harta yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd hamba-Nya utk dimiliki dan dimanfaatkan spt wang, rumah dan tanah
HAK MILIK PERIBADI
Hak milik khusus seseorg individu spt kereta dan rumah
HAK MILIK UMUM
Harta yg dikhususkan utk kepentingan awam spt laut dan jalan raya
HAK MILIK NEGARA
Harta yg menjadi hak milik bersama semua warganegara spt sekolah dan hospital
ANAK YATIM
Belum mencapai umur dewasa. Harta boleh diserahkan apabila mereka telah dewasa dan berkebolehan
KANAK-KANAK
Belum mencapai tahap kematangan berfikir dan tidak dpt membezakan antara kebaikan dgn keburukan
ORG TERENCAT AKAL/LEMAH AKAL (SAFIH)
Tidak mempunyai kemampuan utk membuat penilaian yg sempurna berasaskan keutamaan
GILA /TIDAK SIUMAN
Tidak boleh mengendalikan harta dgn baik. Pembaziran akan berlaku sekiranya harta diserahkan kpd mereka tanpa kawalan
MENCEROBOH HARTA
Mengambil hak org lain tanpa kebenaran yg sah di sisi syarak spt menipu, rasuah dan mencuri
MEROSAKKAN HARTA
Membelanjakan harta pd perkara yg tidak bermanfaat spt boros, membazir dan kedekut
PECAH AMANAH
Menyalahgunakan kuasa atau menggunakan kedudukan dan pengaruh utk memperoleh kepentingan peribadi dgn cara yg salah
ISLAM DAN PEKERJAAN
PEKERJAAN
Suatu kegiatan yg dilakukan utk mendptkan harta atau sumber pendapatan yg halal bg memenuhi tuntutan hidup
BEKERJA KERANA ALLAH
Mengusahakan atau melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan secara berterusan utk mencari nafkah krn Allah SWT
FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM
MUAMALAH
Tatacara perhubungan sesame manusia dgn memenuhi keperluan masing2 yg berkaitan dgn harta, jual beli san perdagangan2 lain
SEDEKAH
Bantuan kpd golongan yg krg bernasib baik dan memerlukan pertolongan bg meneruskan kehidupan mereka spt org miskin dan musafir
ZAKAT
Pungutan dan pengagihan harta yg tertentu kpd golongan yg tertentu  yg telah ditetapkan dlm Al-Quran
SEWA-MENYEWA
Kemudahan yg disediakan utk memberi pertolongan kpd org yg kesempitan wangbg mendapatkan sesuatu barangan
JUAL BELI
Kemudahan yg disediakan kpd org ramai utk mendptkan keperluan hidupmereka dgn mudah
AL-WADIAH
Kemudahan bg org ramai utk menyimpan dan melaburkan wang mereka di bank
AR-RAHN
Kemudahan bg org yg dalam keadaan darurat dan terdesak iaitu dgn mencagarkan tanah atau brg kemas bg mendapatkan wang tunai dgn segera
BERHUTANG
Kemudahan bg org yg tidak berharta ttp berada dlm keadaan darurat dan terdesak utk mendapatkan wang tunai
AL-WADIAH
Bahasa-meninggalkan atau meletakkan suatu barangan kepada pihak lain untuk dijaga
Istilah-mewakilkan suatu barangan atau harta yang berharga kepada pihak lain untuk disimpan dan diuruskan
AL – MUDHARABAH
Bahasa-persamaan, pelaburan atau potongan untuk diberikan kepada pengusaha
Istilah-pelabur memberikan modal kpd pihak tertentu utk diperniagakan dan keuntungan dibahagi dua atau sbhgiannya menurut perjanjian yg dipersetujui semasa akad
AL-MUHARABAHAH
Bahasa-pertambaham keuntungan
Istilah-akad jual beli bagi barangan tertentu
AL-MUSYARAKAH
Bahasa-bercampur atau berkongsi
Istilah-suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan untung dlm suatu kegiatan ekonomi.
AR-RAHN
Bahasa-ketetapan
Istilah-Menjadikan suatu barangan yg berharga sbg cagaran bg suatu hutang
AL-IJARAH
Bahasa-sewa
Istilah-satu perjanjian yg membolehkan seseorg mengambil faedah atau manfaat drpd milik org lain dgn membayar brngan yg tertentu.
AL-BAI’ BITHAMAN AJIL
Bahasa-Membeli duatu brg dgn bayaran secara ansuran
Istilah-kontak jual beli utk membeli suatu barangan dgn bayaran scr tertangguh  termasuk keuntungannya
AL-TAKAFUL
Bahasa-menjamin, menjaga dan memelihara
Istilah-gabungan anggota masyarakat untuk saling menjamin dan tolong-menolong untuk meringankan beban org perseorangan serta menjauhi kerosakan yg menyusahkan
PERUNDANGAN ISLAM
PERUNDANGAN ISLAM
Bahasa-jalan yang lurus
Istilah-hukum-hukum yg ditetapkan oleh Allah SWT kpd manusia yg dirangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya
AL-QURAN
Bahasa-bacaan
Istilah-kalam Allah yg bermukjizat yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril dlm bahasa Arab
AL-HADIS
Bahasa-jalanhidup, kelakuan, watak dan kebiasaan
Istilah-setiap perkara yg diambil drpd Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda
AL-IJMAK
Persetujuan antara umalak dr kalangan umat Nabi Muhammad SAW mengenai hokum syarak pada suatu masa selepas kewafatan baginda.
AL-QIAS
Bahasa-ukuran atau anggaran
Istilah-menghubungkan hokum yg tidak ada kpd hukom yg ada krn bersamaan illat (sebab)
QADHA
Penghskimsn stsu keputusan yg telah diputuskan oleh pihak mahkamah dlm suatu perbicaraan berdasarkan hujah danbukti yg nyata
FIKAH
Kefahamn ttg hokum amali yg diijtihadkan oleh para mujtahid yg diambil drpd dalil-dalil syarak
IJTIHAD
Satu usaha yg dilakukan bersungguh-sungguh utk menghasilkan penetapan sesuatu hokum syarak berdasarkan Al-Quran danAl-Hadis
FATWA
Sebarang keputusan yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yg telah diwartakan berhubung dgn suatu hokum syarak bg menyelesaikan masalah semasa.
MEMELIHARA AGAMA
Memelihara kesucian akidah drpd perbuatansyirik, riddah, khurafat
 dan sebagainya
MEMELIHARA NYAWA
Menjaga nyawa manusia drpd dicerobohi (dibunuh) dan memastikan tiada unsur-unsur yg boleh membahayakan diri sendiri atau org lain                                 
MEMELIHARA AKAL
Memelihara akal kewarasan dan kesempurnaan akal fikiran drpd perkara-perkara yg merosakkannya
MEMELIHARA HARTA BENDA
Mengakui hak milik individu terhadap harta yg diperoleh secara halal
MEMELIHARA KETURUNAN
Mejaga keturunan manusia drpd dicemari oleh perbuatan-perbuatan yg merosakkan kesucian keturunan manusia
MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI
Menjaga akhlak dan menjauhi segala kelakuan buruk
MEMELIHARA KEHARMONIAN NEGARA
Menjaga keselamatan dan keamanan Negara drpd ancaman dalaman dan luaran
HOKUM HARUS
Perkara yg diberikan kebebasan kpd seseorg utk melakukan atau meninggalkannya tanpa dikenakan sebarang pembalasan
HOKUM WAJIB
Perintah Allah SWT yg mesti dilaksanakan.
HUKUM HARAM
Larangan Allah SWT yg mesti ditinggalkan.
HOKUM SUNAT
Perkara yg digalakkan oleh agama utk dilakukan dan diberikan pahala serta balasan syurga dan tidak berdosa jika ditinggalkan.
HOKUM MAKRUH
Perkara yg digalakkan utk ditinggalkan. Jika ditinggalkan mendapat pahala dan jika tidak dilakukan tidak berdosa
FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM
IBADAT
Bahasa-merendah diri, tunduk, taat dan patuh
Istilah-pengabdian kepada Allah SWT melalui perkataan, perbuatan dan pengakuan hati yg berlandaskan syariat-Nya serta mengakui  dan meyakini bahawa Allah SWT sahajalah yg layak menjadi tumpuan segala ketaatan
IBADAT KHUSUS
Semua amalan khusus yg disyariatkan olrh Allah SWT sama ada fardhu atau sunat
IBADAT UMUM
Semua amalan kebaikan yg disyariatkan oleh Allah SWT bg menghubungkan manusia dlm sesebuah masyarakat demi kebaikan dan keharmonian bersama
MURTAD
Seeseorg yg keluar drpd agama Islam
SYIRIK
Menyekutukan Allah SWT dgn sesuatu yg lain
MUNAFIK
Seseorg yg berpura-pura menganut dan patuh kp d ajaran Islam sdgka hatinya tidak mempercayai ajaran Islam
TAKBUR
Sikap membesarkan diri spt sombong dan angkuh dgn perkara kebaikan dgn segala nikmat kesenangan yg telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya
RIAK
Menunjuk-nunjuk amalan baik yg telah dilakukannya kpd org lain dgn tujuan mendapat pujian dan sanjungan drpd masyarakat
UJUB
Kagum dgn amalan sendiri serta sombong dlm melakukan sesuatu ibadat serta memandang rendah dan meperlekeh-lekeh amalan kebaikan yg dilakukan oleh org lain
SUM’AH
Menceritakan amalan baik yg dilakukan kpd org lain spy mendapat pujian dan sanjungan drpd masyarakat
MENGUNGKIT-UNGKIT
Mengungkit-ungkit kembali jasa, bantuan atau perbuatan baik yg telah dilakukan spy sentiasa dikenang dan diingati
AZA (PERKARA YG MENYAKITKAN HATI)
Mengungkit-ungkit pertolongan yg telah diberikan kepada seseorg dgn tujuan menyakitkan hatinya
HASAD DENGKI
Iri hati atau rasa benci dgn nikmat dan kebaikan yg diperoleh org lain dan berusaha agar nikmat tersebut hilang dan berpindah kepadanya dgn cara yg salah
PERKAHWINAN
Bahasa-kumpul atau cantum
Istilah-ikatan yg teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yg sah utk hidup sbg suami isteri scr halal
MUNAKAHAT
Ikatan antara suami isteri utk membina keluarga dan menjaga keturunan scr sah dan bertanggungjawab
TALAK
Pembubaran ikatan perkahwinan antara suami dgn isteri yg sah dgn lafaz talak atau yg seumpama dgnnya
FASAKH
Pembatalan ikatan perkahwinan menurut keputusan kadi disebabkan syarat-syarat yg tidak sipenuhi semasa akad nikah
KHULUK
Perceraian yg berlaku atas kemahuan isteri dgn membayar ganti rugi kpd suami
JENAYAH
Bahasa-dosa atau kesalahan
Istilah-setiap perbuatan yg diharamkan oleh syarak sama ada yg berlaku tehadapnya, diri, harta dan sebagainya
MENCURI
Mengambil barang atau kepunyaan org lain scr sembunyi  drpd tempat simpanan tanpa izin drpd tuannya
MENINGGALKAN SOLAT
Ingkar mengerjakan perintah Allah SWT solat lima waktu sehari semalam
TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Makan atau minum di bulan Ramadan
ZINA
Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah antara lelaki dgn perempuan
MINUM ARAK
Minum minuman yg memabukkan dan boleh mghilangkan kewarasan akal
FITNAH
Membuat tuduhan palsu terhadap seseorg tanpa sebarang bukti
RASUAH
Memberikan sesuatu brg yg berharga kpd oihak yg tertentu utk memperoleh sesuatu
KHALWAT
Lelaki dan perempuan bersama-sama di tempat yg sunyi tanpa muhrim
MEROMPAK
Mengambil brg org lain scr kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman
QAZAF
Menuduh bhw perempuan yg baik berzina tanpa mengemukakan 4 org saksi yg adil
HUDUD
Bahasa-batasan dan sempadan
Istilah-kesalahan dan hukuman yg ditetapkan syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah SWT
QISAS
Bahasa-mengikut sesuatu yg terdahulu
Istilah-hukuman yg ditetapkan oleh syarak melalui Al-Quran dan Al-Hadis krn kesalahan yg melibatkan kecederaan tubuh badan dan nyawa manusia
TAKZIR
Bahasa-mencegah atau menahan
Istilah-kesalahan dan hukuman yg tidak ditetapkan syarak dan diserahkan kpd budi bicara hakimatau kadi utk memutuskannya
DIAT
Bahasa-membayar denda
Istilah-harta benda yg wajib diberikan kpd waris org yg dibunuh sbg ganti hokum qisas yg tidak dapat dilaksanakan
TAUBAT
Menyesali perbuatan dosa yg telah dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi
ASAA S DAN PERTIMBANGAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
PENYELESAIAN MASALAH
Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yg merangkum semua aspek kehidupan spt pendidikan, ekonomi, social, politik dan perundangan
CARA PENYELESAIAN MASALAH


ISU, MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN MENURUT ISLAM
PERPADUAN UMMAH
Sebuah masyarakat yg hidup hormat-menghormati dan saying-menyayangi antara satu dgn yg lain
TOLENRASI
Sedia menghormati atau menerima pendapat org lain yg berbeza dgn pendirian sendiri
SOSIAL
Segala perkara yg berkaitan dgn masyarakat
AKIDAH
Kepercayaan dan keyakinan yg kuat terhadap Allah SWT
SYARIAT
Segala hokum dan peraturan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia
AKHLAK
Tingkah laku, etika, moral atau sifat yg tertanam adalah jiwa seseorg
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Kejayaan dalam keperibadian manusia yg melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rihani dan intelek
KEKUATAN EKONOMI
System ekonomi yg teguh dalam segala bidang sptpemasaran, pengeluaran dan pendapatan Negara
JATI DIRI
Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan
KREATIF
Memiliki kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yg baru dan asli
INOVATIF
Menghasilkan atau membawa pembaharuan ke arah yg lebih baik
PRODUKTIF
Mempunyai daya pengeluaran yg aktif
JAMINAN KESELAMATAN
Kesediaan melindungiu keselamatan terhadap agama, nyawa, akal, maruah, harta dan Negara
KESAKSAMAAN SOSIAL
Keharmonian hubungan sesame manusia utk menghindarkan perkara-perkara yg menyebabkan berlakunya perpecahan, pergaduhan, kekacauan dan sebagainya
KELEBIHAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM


No comments:

Post a Comment